Banjir di Terengganu masih buruk - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu masih buruk

SEORANG penduduk menaiki perahu melihat keadaan banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun, semalam. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu masih buruk dengan 10,145 mangsa daripada 2,794 keluarga masih berada di 114 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu hanya menunjukkan sedikit penurunan berbanding 10,199 mangsa (2,811 keluarga) di 125 PPS pada pukul 4 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa di Hulu Terengganu terus meningkat kepada 3,208 orang (946 keluarga) di 28 PPS berbanding 3,176 orang (928 keluarga) di 33 PPS petang semalam.

“Banjir di daerah Dungun juga semakin buruk dengan mangsa terus bertambah kepada 2,796 orang (758 keluarga) di 32 PPS berbanding 2,342 orang (633 keluarga) di 28 PPS sebelum ini.

“Di Kemaman, mangsa kembali meningkat kepada 1,183 orang (325 keluarga) di sembilan PPS berbanding 958 orang (267 keluarga) sebelum ini.

“Situasi berbeza berlaku di Setiu apabila mangsa terus berkurangan kepada 1,781 orang (511 keluarga) di 25 PPS berbanding 2,167 orang (644 keluarga) di 27 PPS petang semalam,” katanya.

Banjir di daerah Besut juga agak baik apabila mangsa bagaimanapun berkurangan kepada 881 orang (179 keluarga) di 13 PPS berbanding 1,432 orang (310 keluarga) di 23 PPS petang semalam.

“Banjir di daerah Marang juga masih terkawal dengan sedikit pertambahan mangsa iaitu 133 orang (34 keluarga) berbanding
86 mangsa (22 keluarga) sebelum ini dan jumlah PPS kekal sama di dua lokasi.

“Selain itu, mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 150 orang (37 keluarga) di tiga PPS berbanding hanya 25 orang (empat keluarga) di satu PPS sebelum ini manakala di Kuala Nerus, jumlah mangsa kekal 13 orang (tiga keluarga) di dua PPS,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan paras air di Terengganu semakin baik dengan hanya tiga sungai masih melepasi paras bahaya manakala tiga lagi sungai melepasi paras amaran setakat pukul 8 pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya