Banjir: 500 penduduk Orang Asli di Pos Lebir 'terkepung'

Banjir: 500 penduduk Orang Asli di Pos Lebir ‘terkepung’

ZARINA Razlan (kanan) meninjau keadaan laluan yang masih terjejas akibat air banjir yang bertakung di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan semalam-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 500 penduduk Orang Asli Suku Kaum Mendriq dan Bateq dari Kampung Pasir Linggi serta Kampung Machang, Pos Lebir di sini masih ‘terkepung’ apabila empat laluan masuk ke penempatan mereka masih ditenggelami banjir sejak lima hari lalu.

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, situasi itu menganggu rutin harian penduduk samaada mahu ke bandar Musang atau Kuala Krai.

“Di kawasan ini terdapat tiga batang sungai, bila hujan air akan melimpah keatas jalan sehingga menyebabkan kami terpaksa menaiki perahu sebanyak tiga kali.

“Perahu tersebut akan diletakkan kawasan terlibat bagi memudahkan urusan penduduk jika berdepan situasi cemas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Terdahulu, penduduk Kampung Pasir Linggi menerima kunjungan dari Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan yang meninjau keadaan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Pasir Linggi, Mohd. Alang Sakarwi, 45, memberitahu, pihaknya berterima kasih kepada JKOA dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang telah menghantar bantuan bakul makanan kepada 110 keluarga di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang.

Katanya, penduduk berharap banjir yang melanda akan surut dengan lebih cepat bagi membolehkan urusan harian kembali lancar.

Sementara itu, Zarina berkata, pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli tidak diabaikan.

Katanya, pihaknya berharap Orang Asli sentiasa berhati-hati dan mengikuti arahan pihak keselamatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya