Banjir: 20 kes Covid-19 di Kelantan, Terengganu

Banjir: 20 kes Covid-19 di Kelantan, Terengganu

DR. DZULKEFLY Ahmad (kanan) melihat keadaan salah seorang mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli, Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Sebanyak 20 kes jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu dikelaskan sebagai kes sporadik yang bergejala ringan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini sebanyak 20 kes jangkitan Covid-19 berlaku di PPS dengan 15 kes di Kelantan dan selebihnya di Terengganu.

Menurutnya, jangkitan bagi Covid-19 itu dikelaskan sebagai sporadik dengan 19 daripadanya mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS manakala satu kes memerlukan rawatan di hospital.

“Jumlah kes Covid-19 yang dikesan ini berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut dengan rekod bermula 22 Disember sehingga semalam.

“Semua kes yang dilaporkan adalah stabil kecuali satu kes melibatkan warga emas dengan komorbid hipertensi tidak terkawal, namun pesakit berkenaan telah dibenarkan pulang dari Hospital Jeli semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli, di sini hari ini.

Terdahulu, Dzulkefly sempat menyampaikan sumbangan kepada seramai 305 mangsa daripada 71 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan.

Mengulas lanjut, Dzulkefly memberitahu, setakat ini, pihaknya masih belum mengesan kes Covid-19 di PPS yang membabitkan negeri lain.

Katanya, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir dan melaksanakan aktiviti kawalan di PPS bagi mencegah penularan wabak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya