Baja tinja ayam: Teknologi RTADT hapuskan patogen berbahaya

Baja tinja ayam: Teknologi RTADT hapuskan patogen berbahaya

MAT Jantan bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pokok Mangga, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penggunaan baja tinja ayam tidak akan mengundang patogen berbahaya seperti Salmonella Typhi, Pseudomonas Aeruginosa, E. Coli dan Faecal Coliforms sekiranya ia diproses menggunakan teknologi Rapid Thermophilic Aerobic Digestion Technology (RTADT).

Pengusaha baja organik, Mat Jantan berkata, ia juga tidak mengeluarkan bau busuk dan menyebabkan kelecuran kepada tanaman apabila sesuatu produk dihasilkan melalui RTADT.

Tegasnya, baja tinja ayam adalah jauh lebih selamat berbanding baja kimia dan terbukti menyumbang kepada keberhasilan tinggi tanaman.

“Isu ini perlu dipandang secara teliti dan serius, saya tegaskan bahawa baja yang diproses sempurna tidak akan memberi impak negatif.

“Kami menggunakan tinja ayam penelur sebagai salah satu bahan utama dalam penghasilan baja organik, namun diproses bersama beberapa bahan mentah utama lain menggunakan teknologi tinggi.

“Tinja ayam ini tidak akan mengeluarkan bau busuk sekiranya diproses menggunakan teknologi tinggi. Malaysia perlu menerokai bidang ini agar tidak memberi kesan kepada komuniti setempat,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pokok Mangga di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian untuk mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang tidak menggalakkan penggunaan baja tinja ayam.

Mohamad ketika berucap merasmikan satu majlis di Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak dilaporkan berkata, baja itu juga menyebabkan ketidakselesaan kepada orang ramai kerana berbau busuk dan berpotensi menyebabkan kelecuran sekiranya bersentuhan dengan tanaman, selain menyebabkan jangkitan penyakit kepada manusia.

Ini susulan aduan dibuat peniaga gerai makanan di sekitar Parit Haji Aman dan Parit Haji Tahir berhubung kacau ganggu lalat dan pencemaran bau ekoran penggunaan baja tinja ayam di sebuah kebun sayur diusahakan etnik Rohingya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya