Azam baharu tahun baharu - Utusan Malaysia

Azam baharu tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Boleh bantu saya untuk membuat persiapan bagi menghadapi tahun 2024? Bagaimana saya ingin memastikan agar azam dan Impian saya tidak hanya tinggal kenangan?

Alya, Kedah

Jawapan: 

Pejam celik – pejam celik kita sudah berada di pengakhiran tahun 2023. Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut tahun 2024. Pelbagai emosi yang datang pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat seseorang. Kenangan pahit, manis, suka dan duka yang dilalui adalah jalan mendewasakan kita. Inilah pengalaman hidup yang sudah pasti setiap dari kita melalui perkara yang sama bukan?

Pengalaman lepas yang baik perlu dijadikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup, namun pengalaman lepas yang kurang baik boleh dijadikan sebagai satu cabaran yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Menjawab persoalan saudari, bagaimana mahu memastikan azam yang dirancang bukan sekadar Impian semata-mata? Disini saya ingin kongsikan dengan anda, perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan menghadapi 2024.

Matlamat yang jelas – Tulis matlamat jangka pendek dan panjang yang anda inginkan. Contoh: Jika anda seorang pekerja, letakkan matlamat anda pada kerjaya untuk menjadi pekerja cemerlang pada masa akan datang.

Mengubah cara berfikir – Jika tahun sebelum ini anda gagal dalam mencuba, tak mustahil tahun ini boleh menjadi tahun kejayaan untuk anda. Luaskan cara berfikir dengan perbanyakan bahan bacaan

Kenalpasti penambahbaikan yang ingin anda lakukan – Kesilapan lepas adalah satu Pelajaran. Oleh itu, perbaiki azam lama menjadi azam yang baru yang lebih baik dan bermanfaat untuk diri anda.

Buka peluang untuk diri mencuba perkara baharu – Belajar untuk mencuba perkara baru. Elakkan dari mengehadkan diri untuk tidak terlibat dalam sesuatu aktiviti. Semakin luas perhubungan sosial anda dengan masyarakat, semakin banyak yang akan dapat anda pelajari.

Buang semua perkara yang menganggu diri anda – Bila terlalu banyak gangguan, akan membuatkan anda hilang fokus. Sekiranya terdapat gangguan yang sedang membelanggu diri, sila pastikan anda berusaha untuk pulihkan diri dulu barulah anda dapat fokuskan diri dengan matlamat yang anda inginkan.

Banyakkan membaca dan menguasai ilmu – Banyakkan mencari dan mempelajari ilmu baharu. Tanpa ilmu kejayaan yang anda dapat tidak akan dapat membantu anda melangkah lebih jauh. Ikuti program-program, kursus dan boleh juga mencari bahan bacaan sebagai ilmu tambahan untuk mendapat hidup yang lebih baik.

 

ZARIFAH MAT HUSSIN
Kaunselor Berdaftar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya