Arawani: Rumah Berkembar Mewah di Bandar Puteri Bangi oleh IOI Properties

Arawani: Rumah Berkembar Mewah di Bandar Puteri Bangi oleh IOI Properties

Arawani pandangan dari udara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: IOI Properties melancarkan fasa baru kediaman mewah, Arawani, di Bandar Puteri Bangi, sebuah bandar satelit matang yang merangkumi kawasan seluas 360 ekar di sempadan daerah Selangor dan Negeri Sembilan. Fasa ini menawarkan 151 unit kediaman pegangan bebas, termasuk rumah kluster, semi-D, dan banglo, memenuhi impian mereka yang menghendaki gaya hidup berkualiti tinggi.

Pintu masuk ke perumahan baharu, Arawani di Bandar Puteri Bangi.

Gaya Hidup Mewah di Lokasi Strategik

Terletak hanya 2km dari tol Putra Mahkota di Lebuhraya Utara-Selatan dan 4.5km dari Stesen KTM Bangi, Arawani di Bandar Puteri Bangi dikelilingi pelbagai kemudahan seperti pusat komersial di Kubica Square dan Enigma Square, sekolah-sekolah dan institut-institut pendidikan yang terkemuka, pasar raya Lotus’s untuk keperluan harian, taman tema Bangi Wonderland, serta hospital kerajaan dan swasta.

Menurut Wong Peen Fook, Ketua Unit Bisnes, Arawani di Bandar Puteri Bangi dibina berdasarkan aspirasi pembangunan holistik yang bukan sahaja dikelilingi pelbagai kemudahan dan kehijauan alam malah menjanjikan gaya hidup berkualiti kepada mereka yang impikan kepelbagaian, ketenangan dan keselesaan.

Wong Peen Fook
IOI Properties melancarkan fasa baru kediaman mewah, Arawani, di Bandar Puteri Bangi,

Kediaman mewah di Arawani terdiri daripada pelbagai saiz tanah, dengan tanah di tepi setiap unit berukuran sekitar sepuluh kaki.

“Bagi mereka yang berkeluarga besar dan memerlukan ruang selesa lagi praktikal, kediaman di Arawani menawarkan reka bentuk dalaman luas dengan lima atau enam bilik tidur dengan keluasan binaan yang bermula daripada 2,957 hingga 4,790 kps dan keluasan tanah kebanyakannya berukuran 35 x 80 kaki hingga 65 x 80 kaki.

“Setiap unit memiliki geran individu, memberikan fleksibiliti buat pemilik untuk menjalankan kerja pengubahsuaian. Pondok pengawal yang dilengkapi dengan akses berkuasa RFID akan ditubuhkan untuk memperkukuh kawalan keselamatan buat para penghuni,” ulas Wong.

Kediaman mewah dilengkapi ciri-ciri pintar

Dengan harga bermula daripada RM1.36 juta, Arawani di Bandar Puteri Bangi menawarkan keseimbangan antara gaya hidup diidamkan dan keperluan keluarga.

Ruang dalam yang cantik dan selesa.

Tarikan bermula dengan ciri-ciri istimewa siling tinggi yang berukuran daripada 11.3 kaki untuk unit asas dan mencecah ketinggian 22.6 kaki untuk beberapa unit banglo. Selain keindahan estetik, konsep senibina ini memperbanyakkan cahaya semulajadi dalam ruang dalaman, mencipta suasana yang selesa. Sistem pengudaraan yang efisien, berserta tingkap sisi dan pintu gelangsar yang menyambung secara terus ke taman, turut meningkatkan kesejahteraan dan keberkesanan ruang.

“Ciri-ciri khas dalam setiap unit Arawani termasuk kotak bungkusan untuk penghantaran mudah, sistem pengumpulan air hujan, set kunci pintu digital, soket pengecas kenderaan elektrik dan pemanas air solar di bilik mandi,” kata Wong. Sistem pengumpulan air hujan memastikan penggunaan air yang cekap, manakala pemanas air solar menyumbang kepada penjimatan tenaga – semua ini adalah sebahagian daripada komitmen IOI Properties terhadap kelestarian alam sekitar.

Kediaman dikelilingi kehijauan alam

Penghuni Arawani dapat menikmati gaya hidup hijau dengan landskap menarik manakala taman bersebelahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gelanggang badminton dan sepak takraw, peralatan gimnasium luaran, gazebo yang selesa dan taman permainan kanak-kanak.

Sebagai keistimewaan tambahan buat penduduk Arawani, terdapat akses langsung ke Geopark, sebuah taman hijau seluas 3.4 ekar yang sedia ada dengan laluan jogging dan padang bola. Oasis Park, sebuah taman seluas 6.9 ekar yang terletak hanya 500 meter dari Arawani, menampilkan taman permainan moden serta laluan jogging di sekeliling tasik, memberikan lebih ketenangan kepada para penghuni. Kemudahan di sekeliling Arawani bukan hanya meningkatkan kualiti perumahan, tetapi juga dapat mendorong penghuni dan komuniti setempat untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Taman riadah dan permainan di Arawani.

Peluang memiliki kediaman idaman

Arawani bukan sahaja suatu pilihan kediaman; ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi keluarga yang menginginkan kediaman terbaik untuk mencipta pelbagai memori indah.

Ruang taman rumah yang menarik.

Dengan tumpuan yang teliti terhadap landskap dan alam sekitar sambil tetap menyediakan kemudahan serba lengkap, kediaman di Bandar Puteri Bangi menjaminkan keseimbangan sempurna antara keselesaan dan kemewahan.

Dibangunkan oleh pemaju terkemuka di Malaysia, IOI Properties, pembangunan fasa ini menawarkan keselesaan dan pelbagai kemudahan buat pembeli kediaman Arawani. Sempena pelancaran baru ini dan hanya untuk waktu terhad, terdapat tawaran istimewa seperti duti setem percuma ke atas memorandum pindah milik, unit penghawa dingin percuma, dan faedah lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari IOI website atau hubungi kami di 03-8912 3333 untuk menempah janji temu untuk hadir ke galeri jualan di IOI Galleria @ Bangi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya