APM tangkap 9 ekor ular dalam tempoh 9 jam

APM tangkap 9 ekor ular dalam tempoh 9 jam

SEEKOR ular sawa batik berjaya ditangkap APM dalam kejadian di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Sebanyak sembilan ekor ular berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh sembilan jam di kawasan sekitar daerah Hulu Langat, Selangor, semalam.

Pegawai APM Daerah Hulu Langat, Kpl. Mior Norazlan Safian berkata, reptilia berbisa itu dikesan berada di sekitar perumahan penduduk berdasarkan aduan diterima pihaknya dari pukul 4 petang hingga 12 malam.

Dalam kejadian di Taman Lestari Putra, dekat sini semalam, seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira tiga meter ditangkap di hadapan perumahan teres.

“Pihak kami menerima panggilan kira-kira pukul 10 malam daripada pemilik rumah sekitar melalui talian kecemasan dan empat anggota digerakkan ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi mendapati seekor ular berada di kawasan semak dan haiwan tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit selepas berlaku sedikit pergelutan kerana haiwan itu agak agresif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mior Norazlan berkata, keadaan cuaca ketika ini dengan musim hujan tidak menentu mengakibatkan kehadiran haiwan itu yang mana ular berkenaan mencari tempat berlindung.

Tambahnya, ular tersebut dibawa balik ke pejabat APM Hulu Langat dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik apabila ternampak ular, sebaliknya memantau haiwan itu dari jauh sehingga agensi berkenaan tiba di lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya