Aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak bantu PKS

Aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak bantu PKS

APLIKASI S.M.A.R.T Niaga@Perak memudahkan PKS menjalankan transaksi jual beli dalam talian selaras dengan hasrat kerajaan supaya usahawan mengadaptasikan teknologi digital dalam perniagaan. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini menyediakan platform untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini memasarkan produk mereka secara terus, mengurangkan kos dan menjimatkan masa.

Aplikasi usahasama antara Nityo Infotech Services Sdn. Bhd. (Nityo) dan Digital Perak Corporation Holdings itu menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada pertengahan bulan lalu itu juga bertujuan menghapuskan peranan orang tengah.

Ketua Pegawai Digital Kumpulan Nityo, Umapathy Sivan berkata, inisiatif utama iaitu aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak, yang dibangunkan melalui kerjasama itu menawarkan platform e-dagang yang disesuaikan khusus buat PKS.

“Syarikat yang mengambil bahagian berpeluang mendapat manfaat yang banyak. Mereka boleh memasarkan produk secara terus, tidak memerlukan penglibatan orang tengah, mengurangkan kos dan menjimatkan masa.

“Pendekatan ini memberi kelebihan serta-merta kepada usahawan. Meletakkan mereka kepada peluang pertumbuhan, terutamanya mengambil kira ada yang telah dikenali di pe­ringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Umapathy berkata, kini terdapat ribuan PKS Perak menyertai S.M.A.R.T Niaga@Perak dan kerjasama terbaharu itu dilihat akan terus me­ngukuhkan transaksi jual beli atas talian.

Menurutnya, kerjasama ber­kenaan memastikan akses kepada bimbingan keusahawanan digital melalui perkongsian de­ngan Hab Multimedia dan Inovasi (HiM) serta Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), sekali gus menyediakan soko­ngan menyeluruh untuk PKS ke arah transformasi digital.

“Secara keseluruhan, syarikat tempatan Perak yang mengambil bahagian mendapat akses kepada platform e-dagang terkini, kepakaran dan bimbingan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

“MoU ini mempamerkan lonjakan besar ke hadapan, menawarkan kemudahan, sumber dan penjajaran strategik dengan cita-cita negeri dalam inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi untuk syarikat tempatan,” katanya.

Tambahnya, usaha itu juga selari dengan agenda Perak Sejahtera 2030 yang mahu memperkasakan usahawan tempatan dalam mengakses pasaran glo­bal di bawah program Ekonomi Digital.

“Inisiatif ini mempercepatkan ketersediaan negeri Perak meng­adaptasikan teknologi digital yang mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang untuk agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan memper­tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat dan pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya