BATU PAHAT: Kehilangan seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella sejak 14 Disember lalu kekal misteri apabila penahanan teman lelakinya gagal merungkai kejadian itu hingga kini. Selepas ditahan sejak 25 Disember lalu, lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kurier itu dibebaskan dengan jaminan polis apabila tempoh tahanan remannya berakhir semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengakui lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis namun siasatan akan terus dijalankan. Katanya, pembebasan itu adalah perkara biasa dalam siasatan dan pihaknya tidak akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya