Anwar umum senarai rombakan Kabinet 11 pagi

Anwar umum senarai rombakan Kabinet 11 pagi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Jemaah Menteri akan bertambah tetapi lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan membuat pengumuman senarai rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi hari ini.

Anwar berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Sejurus pengumuman itu, majlis angkat sumpah Jemaah Menteri dijangka diadakan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini

Terdahulu, di Putrajaya, beberapa menteri Kabinet dilihat mula memasuki Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pagi ini dan ia dipercayai bagi menghadiri sesi rombakan kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang dijangka dilaksanakan hari ini.

Antara menteri Kabinet yang mula memasuki Pejabat Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Ia turut disusuli dengan beberapa menteri Kabinet lain termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dijangka mengadakan penstrukturan semula Kabinet hari ini, sekali gus menjadi perubahan pertama dalam kepimpinan selepas gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya.

Buat masa ini, antara portfolio yang dijangka diumumkan esok ialah bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya