Anwar tidak mahu ada lagi projek tertangguh di Sabah

Anwar tidak mahu ada lagi projek pembangunan tertangguh di Sabah

ANWAR Ibrahim (dua kiri) bersama Hajiji Noor (empat kanan) menyempurnakan simbolik majlis pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi mendengar ada sebarang alasan yang menyebabkan projek pembangunan kemudahan asas di Sabah tertangguh.

Ia termasuk projek pembangunan Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, Tenom bernilai RM4 bilion yang dilancarkan pada hari ini.

Beliau berkata, projek pembangunan kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat seperti bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo harus dipercepatkan.

“Projek yang tertangguh antaranya menyebabkan dua kesan iaitu kos meningkat dan kesan kepada harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan terutama untuk mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air.

“Contohnya empangan ini, pastikan supaya ada perlaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan. Siapkan lebih cepat dan beri keselesaan kepada rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang,” katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Kampung Kungkular, Kemabong hari ini.

Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang akan menempatkan kawasan tadahan seluas 1,905 kilometer persegi itu dijangka siap pada 2029 dijangka mampu menjana kapasiti pembekalan elektrik sejumlah 187.5 megawatt.

Menurut Anwar, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan susulan isu kontraktor dan campur tangan keputusan politik. Projek ini perlu disiapkan segera demi memberi kemudahan jaringan jalan raya yang baik untuk rakyat.

“Kita pastikan urusan kontraktor lebih telus. (Lebuhraya) Pan Borneo ini sudah puluhan tahun, hampir siap di Sarawak. RM15 billion untuk projek ini bukan murah, saya minta Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) membuat pemantauan dan bagi kuasa untuk segerakan,” katanya.

Hadir sama adalah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya