Angkat martabat pekerja - Steven Sim

Angkat martabat pekerja – Steven Sim

STEVEN SIM mengimbas kad perakam waktu di KSM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia yang baharu, Steven Sim Chee Keong berazam untuk menambah baik imej pekerja di negara ini selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

Malahan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira perbezaan dari segi latar belakang kaum dan agama tertentu.

“Fokus utama saya masa ini akan berdiri bersama pekerja,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas perakam masa sebagai simbolik bermula tugas rasmi di sini hari ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu semalam diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan penyandang yang terdahulu, V. Sivakumar susulan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan buat kali pertamanya selepas setahun dibentuk dengan Steven Sim ‘dinaikkan pangkat’ daripada Timbalan Menteri Kewangan II.

Ia menyaksikan beliau menjadi pemimpin DAP ketiga memegang jawatan portfolio sumber manusia selepas M. Kulasegaran pada 2018 dan kemudian Sivakumar akhir tahun lepas.

Mengulas lanjut, beliau yang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan berkata, nasib majikan dan pekerja terikat sama.

“Kedua-dua pihak tidak boleh bersifat egosentrik, kerana jika pekerja tidak dibela maka ia memberi kesan besar kepada syarikat dari segi produktiviti jangka panjang,” jelasnya lagi.

Justeru, beliau berhasrat untuk menstrukturkan semula ekonomi sejajar dalam kerangka Malaysia Madani dengan fokus pembangunan kemahiran, kebajikan dan produktiviti am. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya