Anggota APM tangkap tiga ekor ular sawa tikus - Utusan Malaysia

Anggota APM tangkap tiga ekor ular sawa tikus

ANGGOTA APM Besut memegang tiga ekor ular sawa tikus yang ditangkap di sebuah rumah di Kampung Gong Dasar di Jabi, Selasa lalu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebanyak tiga ekor ular sawa tikus dianggarkan sepanjang dua meter setiap satu berjaya ditangkap di sebuah rumah di Kampung Gong Dasar, Jabi dekat sini, Selasa lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.52 pagi.

Menurutnya, ular tersebut dijumpai di belakang rak di bahagian dapur oleh pemilik rumah berkenaan berusia 70 tahun ketika hendak memasuki ruang dapur.

” usulan itu, pemilik rumah berkenaan bertindak menghubungi talian kecemasan dan lima anggota telah digerakkan ke lokasi,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Besut, di sini, hari ini.

Jelasnya, ketika anggota APM tiba di lokasi kejadian mendapati tiga ekor ular di bawah rak tersebut dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan itu.

“Selalunya ular sawa tikus ini akan bergerak secara berpasangan tetapi pada kali ini kita berjaya menangkap tiga ekor sekaligus di tempat yang sama,” katanya.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran haiwan itu adalah disebabkan faktor musim hujan dimana ular berkenaan mencari tempat berlindung.

Tambahnya, ular tersebut telah dibawa balik ke pejabat APM Besut dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan kehadiran haiwan liar dan reptilia berkenaan ketika musim tengkujuh ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya