Amway tingkat kesedaran kesihatan melalui Nutrilite

Amway tingkat kesedaran kesihatan melalui Nutrilite

(Dari kiri) Ketua Pegawai Pemasaran, Joanne Chong; isteri Dr. Sam, Francesca Rehnborg; Presiden Nutrilite Health Institute, Sam Rehnborg; Pengerusi Bersama Amway, Steve Van Andel ; Pengerusi Bersama Amway, Doug DeVos dan Ketua Pegawai Eksekutif Amway Milind Pant; Presiden Wilayah Asia Amway, Asha Gupta dan Pengarah Urusan, Amway Malaysia, Indonesia dan Brunei, Michael Jonathan Duong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 8,000 pengunjung hadir ke ekspo Hari Pengalaman Nutrilite sempena sambutan ulang tahun ke-90, jenama vitamin dan suplemen diet, Nutrilite, keluaran syarikat kesihatan dan kesejahteraan Amway.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Indonesia dan Brunei, Michael Jonathan Duong berkata, Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite bermula dengan matlamat pengurusan berat badan.

Katanya, selain itu mereka juga menawarkan pemeriksaan kesihatan individu bersama syarikat diagnostik terkemuka, Innoquest Pathology untuk meningkatkan kesedaran mengenai faktor kesihatan dan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti hipertensi, penyakit jantung dan kencing manis.

“Amway menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kesihatan NCD yang semakin meningkat dikaitkan dengan 73 peratus kematian orang dewasa. 

“Ini dilakukan dengan menangani faktor risiko, menggalakkan kesedaran dan diagnosis kesihatan yang lebih giat, menjalani gaya hidup sihat dan memperkukuhkan langkah pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Hari Pengalaman Nutrilite dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran dan interaktif yang menyeronokkan termasuk ceramah kesihatan oleh beberapa pakar, perkongsian testimoni Gut Reset dan perjalanan mengenali asal usul jenama Nutrilite menerusi terowong masa.

Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite pula membantu prospek untuk mencapai matlamat berat badan dan pengurangan lemak menerusi pemakanan yang lebih sihat, digabung dengan produk suplemen merangsang mikrobiom usus yang lebih sihat.

Sepanjang 47 tahun Amway di Malaysia, syarikat itu menawarkan peluang perniagaan yang menarik dan pendapatan tambahan kepada rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dengan menjual produk yang unik, berkualiti tinggi dan berpatutan.

Dalam pada itu, Presiden Institut Kesihatan Nutrilite, Dr. Sam Rehnborg berkata, Kempen Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Malaysia merupakan satu pencapaian penting bagi Amway kerana ia membantu untuk memperkukuh kedudukan kepimpinan global jenama Nutrilite sewaktu ulang tahun ke-90 tahun hadapan.

“Kami menyokong sepenuhnya inisiatif yang memberi tumpuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, dan komited untuk memberi impak positif kepada kesihatan dan kesejahteraan negara,”  katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN