Lelaki mengamuk menggunakan parang gara-gara ditegur bising

Lelaki mengamuk menggunakan parang gara-gara ditegur bising

mengamuk
SUSPEK berparang mengamuk dekat pekan Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor pada Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki mengamuk menggunakan parang di pekan Bestari Jaya dekat gara-gara marah kerana ditegur membuat bising.

Kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu melibatkan suspek berusia 44 tahun yang dipercayai mabuk dan berang ditegur kerana membuat bising di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan suspek di sebuah gerai burger berhadapan kedai dobi layan diri. 

Jelas beliau, seorang lelaki kemudian  menegur suspek supaya memperlahankan suaranya yang bising.

“Akibat tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek kemudian mengambil parang di dalam keretanya dan mengejar sambil menghayun parang ke arah pengadu.

“Pengadu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan suspek bertindak menghayun parang ke atas tempat duduk sebuah sehingga terkoyak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, polis yang tiba di lokasi kejadian segera menahan suspek bagi membantu siasatan.

“Kita turut merampas senjata yang digunakan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 24 saat memaparkan seorang lelaki bertindak mengacu parang kepada pembeli dan peniaga di gerai burger tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya