Amir Jahari kongsi fasa sukar, hampir tamatkan riwayat hidup selepas kehilangan bapa - Utusan Malaysia

Amir Jahari kongsi fasa sukar, hampir tamatkan riwayat hidup selepas kehilangan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Amir Jahari, sebak mengenangkan lagu Hasrat yang dihasilkan ketika arwah bapanya disahkan menghidap kanser pada tahun 2018.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, dia sehingga kini akan menitiskan air mata setiap kali menyanyikan lagu tersebut .

Namun, penyanyi kelahiran negeri Sarawak itu sedaya upaya menahan rasa sedih ketika menyampaikan lagu berkenaan di pentas separuh akhir muzik muzik (SFMM38) petang tadi..

“Saya sedih sebab lagu ini dihasilkan selepas saya dimaklumkan tentang keadaan arwah ayah saya yang menghidap penyakit tersebut.

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada tahun lepas.

“Pihak produksi filem Imaginur meminta saya meghasilkan lagu ini. Jadi menerusinya saya ceritakan keadaan arwah ayah semasa dia meninggal dunia,” katanya selepas acara Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38), petang tadi.

Kata penyanyi lagu Tanpamu itu lagi, tahun 2018 adalah fasa terburuk dalam hidupnya disebabkan tekanan yang dialami sehingga beberapa kali cuba menamatkan riwayat hidupnya.

“Waktu itu saya mengalami kemurungan dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pada tahun 2020.

“Saya pernah tiga kali cuba terjun jambatan namun Alhamdulillah berjaya membatalkan niat tersebut selepas terbayang wajah mak ayah, isteri, anak-anak dan guru saya, Almarhum Raja Ashman Shah,” ceritanya.

Kongsi Amir lagi, dia kemudian memutuskan untuk berjumpa pakar bagi merawat masalah kemurungan yang dialaminya. Namun, keadaannya mulai pulih pada tahun 2021 tidak lagi perlu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.

Hasrat ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari terpilih antara 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38).

Anugerah berprestij itu bakal berlangsung pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya