Amir Hamzah angkat sumpah Ahli Dewan Negara, desas-desus jadi Menteri semakin kuat

Amir Hamzah angkat sumpah Ahli Dewan Negara, desas-desus jadi Menteri semakin kuat

AMIR Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemunculan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara sekali gus mengesahkan beliau bakal menyertai rombakan Kabinet yang bakal diumumkan pada hari ini.

Sebelum ini, nama beliau dikaitkan dengan jawatan Menteri Kewangan II untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Amir Hamzah yang memakai baju Melayu berwarna hitam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain beliau, juga mengangkat sumpah adalah bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkifli Hasan.

Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai rombakan Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Semalam, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dijangka mengadakan penstrukturan semula Kabinet hari ini, sekali gus menjadi perubahan pertama dalam kepimpinan selepas gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya.

Perkara itu disahkan Anwar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pagi tadi.

Buat masa ini, antara portfolio yang dijangka diumumkan esok ialah bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya