Aksi ciuman berlapik Hun Haqeem dan Daiyan Trisha, warganet beri reaksi

Aksi ciuman berlapik Hun Haqeem dan Daiyan Trisha, warganet beri reaksi bercampur

Aksi ‘ciuman berlapik’ antara pelakon Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam siri drama W: Two World menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah penonton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru satu episod ditayangkan, drama W: Two World mencetuskan kontroversi apabila adegan ciuman berlapik antara pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah penonton.

Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu menceritakan sebuah kisah romantik daripada siri adaptasi drama terkenal Korea Selatan dengan judul yang sama.

Namun begitu, di penghujung episod satu, terdapat adegan di mana Hun Haqeem sebagai Alif menarik tangan Izara lakonan Daiyan Trisha dan terjadilah adegan ciuman berlapik menggunakan kain antara kedua-dua pelakon itu.

Adegan itu telah diolah oleh Yusry berbanding naskhah asalnya di mana kedua-dua pelakon Korea Selatan itu saling bercium tanpa dilapik kain.

Melihat komen-komen di platform ‘x’, walaupun berlapik, rata-rata mengecam adegan ciuman tersebut yang disifatkan tidak sesuai dengan budaya masyarakat setempat.

“Ingatkan bila karya adaptasi pengarah ubahlah sikit beberapa bahagian. Ini siap ikut betul-betul. Risau,” kata satu komen.

“Babak ini kelihatan murah, ada cara lain untuk menjadikan naskhah itu romantis dengan cara kita sendiri. Perlu jadi lebih kreatif,” kata komen yang lain.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat, mungkin adegan berkenaan hanya menggunakan helah kamera yang sebenarnya ‘menampakkan’ kedua-dua pelakon itu seperti bercium.

“Anda semua ini yakin sahaja yang itu Daiyan, muka bukannya nampak pun, entah-entah pelakon lain,” tulis seorang peminat.

“Rasanya ini semua sudut kamera. Tak cium betul,” tulis satu komen.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan komen daripada pengarah, Yusry gagal kerana dia tidak mengangkat panggilan telefon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya