Ajal remaja lemas di tasik - Utusan Malaysia

Ajal remaja lemas di tasik

Remaja lemas
PASUKAN bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas dekat sebuah tasik di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersama beberapa rakannya di sebuah tasik di Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter dari tebing tasik tersebut pukul 1.12 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikerah dalam operasi itu.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu berenang di kawasan tasik berkenaan bersama empat rakannya. Operasi pencarian kemudian dilakukan dengan turut dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, mayat mangsa ditemukan di dasar tasik pada kedalaman kira-kira lima meter dari permukaan.

“Mayat yang dibawa ke darat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya