AIA PUBLIC Takaful semarakkan harapan, impian dalam komuniti

AIA PUBLIC Takaful semarakkan harapan, impian dalam komuniti

Rumah anak yatim menerima barangan elektrik dan bekalan keperluan asas menerusi Program Kongsi Rezeki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ramai yang percaya bahawa setiap impian pasti boleh dicapai sekiranya ia dilakukan dengan usaha, motivasi serta sumber yang betul.

Namun realitinya, perjalanan mencapai impian tersebut tidak semudah yang disangka dan kekangan kewangan seringkali menjadi penghalang terbesar.

Menyedari betapa pentingnya impian hidup yang disokong oleh keselamatan kewangan yang kukuh, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) tampil menjadi pemangkin yang memacu aspirasi itu bagi memperkasakan rakyat dalam merealisasikan harapan dan impian mereka.

Awal tahun ini, pengendali takaful terkemuka itu melancarkan kempen Penyala Harapan yang bukan sahaja merangkumi inisiatif serta bantuan kepada masyarakat, tetapi menyediakan rakyat dengan motivasi dan inspirasi yang diperlukan untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful, Elmie Aman Najas berkata, kempen itu memberi fokus bahawa impian bukan sekadar angan-angan, tetapi merupakan pendorong yang kuat untuk seseorang melangkah lebih jauh ke hadapan.

Elmie Aman Najas

“Teras kempen ini terletak pada kepercayaan yang mendalam bahawa pembangunan komuniti melangkaui peranan kami sebagai pengendali takaful. Ia juga memerlukan kami memperkasakan orang ramai untuk mencapai aspirasi dan membina masa depan yang terjamin untuk diri mereka dan orang tersayang.

“Setiap orang berhak diberi peluang untuk mengejar impian mereka tanpa bebanan ketidaktentuan kewangan. Kami bukan sekadar menyediakan perlindungan, tetapi menggalakkan usaha mengejar aspirasi dan komitmen ini selari dengan prinsip takaful itu sendiri yang mengutamakan bantuan dan tanggungjawab bersama,” katanya.

KESEJAHTERAAN DAN PENGAYAAN KOMUNITI

Selain pertumbuhan perniagaan dan pembangunan tenaga agensi, pengendali takaful itu juga mengukur kejayaannya dengan transformasi positif dalam komuniti.

Perubahan seperti ini memerlukan usaha yang kolaboratif dan komitmen syarikat terhadap pengayaan komuniti dipamerkan melalui pelbagai inisiatif di bawah kempen Penyala Harapan.

Kerjasama dengan rakan kongsi seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), program komuniti serta inisiatif media sosial, menjadi tunjang kepada pendekatan inklusif ini.

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, AIA PUBLIC Takaful mengajak orang ramai berganding bahu memberi impak yang lebih bermakna kepada masyarakat melalui kempen tersebut di mana orang ramai berpeluang mencalonkan rumah-rumah anak yatim yang boleh dijadikan benefisiari di bawah Program Kongsi Rezeki.

Sejak 2021, AIA PUBLIC Takaful bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk melaksanakan Program Kongsi Rezeki bersama 10 rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Melalui fasa program yang berlainan, rumah-rumah anak yatim tersebut telah menerima komputer riba serta barangan keperluan seperti katil, tilam, perkakas elektrik dan bekalan harian lain bernilai hampir RM500,000 yang memanfaatkan lebih 500 kanak-kanak.

Program ini juga menyokong kesejahteraan fizikal dan mental anak-anak yatim dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang meningkatkan kemahiran sosial mereka selain menambah pengalaman bermakna kepada zaman kanak-kanak mereka.

Tambah Elmie, langkah ini bukan sahaja memperluaskan jangkauan impak Program Kongsi Rezeki, namun ia juga menyaksikan seruan ringkas itu berpotensi membawa perubahan positif dalam masyarakat.

“Dengan bantuan orang ramai, kami telah menambah empat rumah anak yatim baharu dari Selangor, Pahang dan Melaka, menjadikan (keseluruhan rumah anak yatim) 14 penerima dengan lebih 800 kanak-kanak di bawah Program Kongsi Rezeki.

“Dengan penambahan rumah anak yatim, kami berharap sumbangan kami dapat memberi manfaat dalam menjamin masa depan yang lebih cerah di mana setiap kanak-kanak ini boleh memenuhi impian, tampil cemerlang dan berkembang maju dengan cara tersendiri,” katanya.

MELINDUNGI IMPIAN DENGAN PENYELESAIAN INOVATIF

AIA PUBLIC Takaful telah melindungi rakyat Malaysia selama lebih sedekad melalui pelbagai penyelesaian inovatif patuh syariah yang dilengkapi dengan jaringan keselamatan bagi membolehkan setiap individu mencapai aspirasi mereka tanpa perlu bimbang terhadap masalah kewangan.

Elmie berkata, peranan AIA PUBLIC Takaful adalah untuk melindungi impian tersebut dan memastikan bahawa ia bukan sekadar aspirasi, tetapi matlamat yang boleh dicapai disokong oleh penyelesaian kewangan terbaik.

“Sama ada memastikan pendidikan kanak-kanak, mendapatkan perlindungan daripada penyakit kritikal, melindungi orang tersayang anda dengan hibah atau meninggalkan legasi, kami sentiasa bersama pelanggan untuk melindungi segala yang bermakna buat mereka dan menyumbang kepada aspirasi masa depan,” katanya.

AIA PUBLIC Takaful sentiasa berusaha mencari kaedah baharu dan inovatif bagi mempertingkatkan perkhidmatan nilai tambahnya yang boleh membuat perubahan dalam kehidupan pelanggannya dan komuniti.

“Faedah takaful kami melangkaui keperluan kewangan dan perlindungan para pelanggan, tetapi ia juga bertindak sebagai satu saluran kebajikan yang membolehkan mereka menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

“Sebagai contoh, pelan A-Life Legasi Beyond kami direka dari konsep di mana kekayaan itu bukan semata-mata meninggalkan simpanan yang mencukupi untuk ahli keluarga, tetapi terus melakukan kebaikan melalui perbuatan infaq walaupun selepas kematian.

“Sekiranya pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, mereka mempunyai pilihan untuk menyumbangkan kesemua jumlah perlindungan pelan kepada badan amal pilihan mereka.

“Sebahagian daripada pelan takaful kami juga membolehkan pelanggan mendermakan lebihan takaful mereka untuk menyokong aktiviti amal dan inisiatif komuniti yang diuruskan oleh AIA PUBLIC Takaful. Dengan cara ini, pelanggan kami dapat berkongsi faedah takaful mereka dengan komuniti dengan cara yang lebih mampan dan bermakna,” jelas Elmie.

Pek Penyala Harapan 3 dalam 1 merupakan satu lagi usaha AIA PUBLIC Takaful untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam mencapai aspirasi hidup mereka.

Pek tersebut merangkumi tiga pelan perlindungan utama iaitu A-Life Kasih Famili, A-Life Kritikal Protector dan A-Life MediFlex-i yang masing-masing menyediakan perlindungan takaful keluarga, penyakit kritikal dan perubatan komprehensif.

Pelanggan boleh memilih untuk menyertai mana-mana satu pelan daripada serendah RM5.94 sehari di samping mendapat akses kepada AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan unik syarikat berkenaan.

Untuk mengetahui lanjut mengenai kempen Penyala Harapan, layari laman web AIA PUBLIC Takaful, sila klik di sini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya