Ahli Parlimen Gua Musang sedia bekerja dengan ADUN Galas

Ahli Parlimen Gua Musang sedia bekerja dengan ADUN Galas

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim sedia bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim untuk berkhidmat kepada rakyat dan membangunkan jajahan itu.

Mohd. Azizi yang merupakan ADUN Nenggiri berkata, dia akan meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan menjalankan tugas seperti biasa selepas membuat keputusan untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seperti diberitahu ketika saya berkempen ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, saya buat semua ini untuk masyarakat di sini. Pada saya, dalam kita berkhidmat sebagai wakil rakyat dan isu seperti kepentingan peribadi perlu diketepikan dan bersikap profesional untuk rakyat.

“Saya berharap apa-apa parti sekalipun kita kena menghormati sistem 3R. Yang di-Pertuan Agong sendiri mahu wakil rakyat bekerja untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Azizi memberitahu, untuk membantu rakyat dia perlu menyokong kerajaan supaya dapat bersama-sama dengan agensi di bawah selian Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sebagai ahli Parlimen, beliau akan menjadi pemudah cara termasuk untuk berjumpa agensi kerajaan bagi membantu rakyat di daerah ini.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata, walaupun sudah dua kali berlangsung mesyuarat kepemimpinan tertinggi, namun masih tidak ada tindakan daripada parti terhadapnya.

“Setakat ini tidak ada satu pun pernyataan ataupun dokumen rasmi mengatakan saya dikenakan tindakan dan melalui perbincangan rasmi dan tidak rasmi pun, tidak ada arahan untuk membuat pernyataan berikutnya ataupun membuat tindakan tarik balik pada saya.

“Sudah berlaku dua kali mesyuarat kepemimpinan tertinggi, tetapi kes saya sekadar disebut cuma tidak ada apa-apa tindakan. Kita wakil rakyat, nama lagi wakil, jadi pada saya politik kita tolak tepi. Sekarang ini masa untuk berkhidmat untuk rakyat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya