Agong rasmi tugu peringatan HMS Repulse, HMS Prince of Wales

Agong rasmi tugu peringatan HMS Repulse, HMS Prince of Wales

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan wakil Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia serta anggota kanan ATM ketika melihat sauh yang ditempatkan bersama tugu peringatan kapal British HSM Repulse dan HSM Prince of Wales. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian tugu peringatan dua kapal perang British, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales, di Teluk Cempedak, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tugu peringatan yang dibina dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dan Royal Navy itu bagi memperingati ulang tahun ke-82 kapal perang yang ditenggelamkan itu.

Mengikut sejarah, kapal perang British itu merupakan elemen utama Force Z, yang ditugaskan untuk memintas pencerobohan armada Jepun.

Bagaimanapun, pada 10 Disember 1941, kapal perang HMS Prince of Wales yang merupakan kebanggaan Tentera Laut Diraja dan kapal perang HMS Repulse yang terlibat telah ditenggelamkan ketika berada di 61 batu nautika di luar pantai Kuantan, dua hari selepas pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu.

Majlis terbabit turut dihadiri Pengarah Peperangan Bersama Royal Navy, Komando Strategik United Kingdom, Laksamana Muda Andrew Betton Obe serta wakil kerajaan negeri, anggota kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tetamu kenamaan asing.

Andrew Betton berkata, tugu peringatan itu akan memberi peluang kepada pelawat untuk mengambil iktibar tentang betapa besarnya erti kehilangan dan akibat daripada peperangan.

“Ia adalah satu penghormatan yang sewajarnya kepada anggota yang terkorban bersama kapal, dan juga sebagai peringatan bahawa warisan penting tentera laut seperti ini mesti dilindungi serta kekuatan hubungan UK-Malaysia,” katanya.

Bagi memperingati kematian 840 kelasi dalam kejadian itu, cucu kepada Pegawai Pemerintah HMS Prince of Wales, Kapten John Leach yang terkorban dalam kejadian, Henrietta Wood turut mempersembahkan ucapannya pada majlis terbabit.

“Datuk saya Kapten John Leach antara yang tidak terselamat dalam kejadian itu. Dengan perasmian tugu peringatan ini merupakan penghargaan besar dan satu pengalaman yang mengharukan buat saya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Tuanku kerana merealisasikan upacara hari ini. Saya juga secara peribadi hadir ke majlis ini mewakili kesemua keluarga mereka yang terbunuh mahupun yang terselamat,”katanya.

Bersama tugu peringatan itu turut ditempatkan sebuah sauh daripada HMS Repulse, yang dihadiahkan kepada Malaysia oleh United Kingdom.

Sauh terbabit dikatakan ditemui dalam rampasan semasa aktiviti penyeludupan haram oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2015. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya