AEON BiG sahut seruan kerajaan demi kelestarian alam sekitar

AEON BiG sahut seruan kerajaan demi kelestarian alam sekitar

NASARUDDIN Mohd Zaini menurunkan tandatangan sambil disaksikan Nik Nazmi Nik Ahmad (dua dari kiri) pada Majlis AEON BiG Memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Baharu (SARE) bersama GSPARX Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed (dua dari kanan) dan Elmie Fairul Mahsuri. – utusan/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasar Raya Besar AEON BiG (AEON BiG) menggerakkan beberapa usaha ke arah menjaga kelestarian alam sekitar selari dengan matlamat dan hala tuju yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Urusan AEON BiG Sdn. Bhd., Sheikh Farouk Sheikh Mohamad berkata, pihaknya sedar bahawa pemeliharaan alam sekitar amat penting ketika ini kerana ia merupakan salah satu khazanah buat negara.

Katanya, antara langkah yang diambil oleh AEON BiG adalah termasuk memasang panel solar melalui pemeteraian Perjanjian Bekalan Tenaga Baharu (SARE) bersama Gsparx Sdn Bhd (Gsparx) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“AEON BiG memeterai perjanjian kontrak selama 20 tahun untuk pemasangan solar panel di cawangan kami di Wangsa Maju, Tun Hussein Onn, Shah Alam, Bukit Rimau dan di Penang Prai.

“Fasa pertama bagi pemasangan solar panel pada tahun ini adalah untuk lima cawangan AEON BiG. Untuk makluman, secara keseluruhan kita ada sebanyak 21 cawangan di seluruh negara. Insya-Allah pada fasa kedua dan ketiga kita akan menambah lagi pemasangan di cawangan lain pada tahun hadapan,” katanya semasa majlis perjanjian SARE yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, di sini.

Majlis tanda tangan perjanjian tersebut disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Pelanggan TNB, Nasaruddin Mohd Zaini serta Pengarah Urusan Gsparx, Elmie Fairul Mahsuri.

Untuk rekod, solar panel bakal dipasang di AEON BiG Wangsa Maju dan cawangan lain seperti di Tun Hussein Onn, Shah Alam, Bukit Rimau dan Penang Prai.

Mengulas lanjut, Sheikh Farouk berkata, pemasangan panel solar itu merupakan lambang komitmen AEON BiG untuk melestarikan alam sekitar dengan memanfaatkan sinar daripada matahari.

“AEON BiG juga secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jejak karbon di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, antara usaha lain yang dilakukan oleh AEON BiG juga adalah menyediakan pengecas kenderaan elektrik sebanyak dua lot parking di pintu masuk C bagi cawangan mereka di Wangsa Maju untuk kelestarian alam.

“Ini kita bekerjasama dengan TNB dan yang pertama di AEON BiG Wangsa Maju tetapi kita akan kembangkan ia kepada cawangan-cawangan kami yang lain. Ini kerana ia merupakan salah satu permintaan daripada pelanggan,” jelasnya.

Komitmen AEON BiG terhadap melestarikan alam sekitar jelas apabila syarikat pasar raya besar tersebut menerima kejayaan dalam projek usahasama Drive Thru Recycling Centre (DTRC).

Sheikh Farouk berkata, program tersebut merupakan kerjasama dengan SWCorp Wilayah Persekutuan dan Alam Flora Sdn Bhd yang dilakukan di AEON BiG Wangsa Maju.

“AEON BiG Wangsa Maju muncul antara tiga DTRC terbaik di Malaysia. Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan.

“Dengan kerjasama ini, kita berharap dapat merealisasikan sasaran kerajaan bagi meningkatkan kitar semula sebanyak 40 peratus dan mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan menjelang 2025,” katanya.

Jelasnya, AEON BiG akan sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam misi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

“Sebelum ini AEON BiG menganjurkan Hari Pembersihan Pantai di Pantai Remis, Kuala Selangor pada Disember tahun lalu dan juga melaksanakan program penanaman pokok bersama sukarelawan Jungle School bertempat di Kampung Orang Asli Batu 12 di Gombak.” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya