AEON BigG Mid Valley berwajah baharu bawa pengalaman beli-belah premium

AEON BiG Mid Valley berwajah baharu bawa pengalaman beli-belah premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengubah­suaian terbaharu Pasar Raya Besar AEON BiG Mid Valley bakal membawa pengalaman membeli belah premium pada harga yang berpatutan.

Pengarah Urusan AEON BiG Sdn. Bhd., Sheikh Farouk Sheikh Mohamad berkata, pengubahsuaian yang bermula pada Mac lalu dengan mengambil masa selama enam bulan kini menyediakan fasiliti yang berbeza dan lebih selesa untuk para pengunjung.

Katanya, pasar raya yang baru diperbaharui itu menawarkan penampilan dan pengalaman membeli-belah baharu, berbeza dengan konsep lain di Pasar Raya Besar AEON BiG di seluruh negara.

Bersempena dengan pembukaan semula pasar raya tersebut, AEON BiG Mid Valley menawarkan diskaun daripada 10 hingga 80 peratus bagi semua barang bermula semalam dan hari ini.

“Pemberian diskaun ini juga adalah kesinambungan daripada inisiatif Jualan Rahmah untuk terus membantu rakyat mendepani masalah peningkatan kos sara hidup yang tinggi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pembukaan Semula AEON BiG Mid Valley Megamall, semalam.

Tambah Sheikh Farouk, bagi memudahkan proses beli-belah pelanggan, pihak AEON BiG menukar 30 peratus kaunter yang sedia ada kepada kaunter layan diri bagi pembayaran secara digital.

“Selain itu, pihak kami juga telah menaik taraf tandas, surau dan kemudahan lain seperti troli, rak yang lebih tersusun dan sebagainya untuk keselesaan pelanggan.

“Dalam masa yang sama, rakan strategik serta pembekal kami juga turut memberi diskaun bagi pelbagai produk premium yang boleh didapati di sini sepanjang tempoh promosi,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Pasar Raya Besar AEON BiG sudah melalui proses penambahbaikan, harga jualan masih dikekalkan, sama seperti harga yang ditawarkan di 21 buah cawangan AEON BiG yang lain di seluruh Malaysia.

Sheikh Farouk berkata, 100 pelanggan pertama yang memakai baju berwarna jingga sempena Orange Day bakal mendapat hadiah istimewa daripada pihak AEON BiG.

Hari Jingga atau Orange Day yang dianjurkan oleh AEON BiG telah bermula sejak bulan Mei yang lalu, dengan menawarkan lebih banyak hadiah dan aktiviti yang menarik bakal menanti.

“Kami berharap, pelanggan dapat berkongsi keterujaan dalam menikmati pengalaman beli-belah baharu di sini,” kata Sheikh Farouk.

Majlis tersebut turut dihadiri, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran Dan Perniagaan, Kementerian Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dato’ Rohaizi Bahari dan Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Arrifin Samsudin.

Dalam pada itu, kata beliau. bagi mereka yang menyambut perayaan Krismas, pihaknya juga sudah merancang jualan khas bersempena dengan perayaan itu yang akan datang dalam masa terdekat

Katanya, pengumuman bersempena dengan jualan khas bagi pembelian barang persekolahan untuk pelajar yang akan kembali ke sekolah sesi tahun depan pula akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, bagi dekorasi dalaman pasar raya, AEON BiG akan sentiasa mengikut tema perayaan yang sedang disambut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya