97 terima anugerah sempena Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor esok - Utusan Malaysia

97 terima anugerah sempena Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor esok

Hari keputeraan
SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 97 orang bakal menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah, Klang, esok.

Penerima-penerimanya terdiri daripada dua kerabat diraja, 72 penjawat awam, 20 ahli korporat dan profesional, dua ahli sukan serta seorang ahli politik.

Tiga orang akan menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang akan membawa gelaran ‘Datuk Seri’ sementara 24 akan menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS), Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) dengan masing-masing membawa gelaran Datuk.

72 individu lagi akan menerima pingat-pingat negeri iaitu Setia Mahkota Selangor (SMS), Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS), Ahli Mahkota Selangor (AMS), Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS), Bintang Kecemerlangan Sukan (BKS) dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, penerima tersebut adalah yang disenarai pendek daripada sejumlah 2,762 pencalonan yang diterima.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,032 pencalonan diterima bagi darjah dan bintang kebesaran sementara 1,730 pula adalah permohonan pingat-pingat negeri.

“Seramai 97 calon disenarai pendek oleh jawatan kuasa khas yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dewan Diraja pada 5 Oktober lalu.

“Senarai pencalonan juga diperkenankan oleh Sultan Selangor selepas baginda berunding dengan Dewan Diraja,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, semua calon yang disenarai pendek melepasi tapisan keselamatan dan jenayah oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada sambutan hari keputeraan baginda tahun lalu, seramai 104 penerima disenarai pendek daripada 2,535 pencalonan diterima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya