827 bayi jadi mangsa banjir

827 bayi antara 27,843 mangsa banjir di lima negeri

SUASANA di sekitar bandar Kuala Berang, Terengganu yang dilanda banjir. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 827 bayi antara 27,843 mangsa banjir yang direkodkan di lima negeri, setakat pukul 8.50 pagi INI. 

Berdasarkan kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tertinggi bayi menjadi mangsa banjir direkodkan di Kelantan dengan 617 orang diikuti Terengganu (203 bayi); Pahang (empat bayi) dan Johor (tiga orang). 

Dalam pada itu, sejumlah 8,599 kanak-kanak dilaporkan antara yang terjejas banjir di lima negeri berkenaan.

Ia melibatkan sejumlah 6,840 kanak-kanak di Kelantan; 1,667 orang di Terengganu; 49 kanak-kanak di Pahang; 32 kanak-kanak di Johor dan Sabah (11 kanak-kanak). 

Setakat ini, kesemua 8,711 keluarga terjejas ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya