80 mangsa banjir di Teluk Intan dipindah petang semalam - Utusan Malaysia

80 mangsa banjir di Teluk Intan dipindah petang semalam

KEADAAN banjir di Kampung Changkat Jong di Teluk Intan. - UTUSAN/APM HILIR PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 80 orang daripada 25 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Padang Tembak dekat sini selepas rumah mereka dinaiki air petang semalam.

Kesemua mereka dari tujuh penempatan di daerah Hilir Perak mulai dipindahkan ke PPS tersebut mulai pukul 6 petang semalam.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, mereka dipindahkan selepas hujan lebat semalam menyebabkan kawasan penempatan mereka dinaiki air.

“Kawasan terlibat ialah Batu 7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman dan Lorong Imam Khairi,” katanya hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 10 pagi ini, kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS tersebut kerana keadaan banjir di penempatan mereka masih tidak berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya