78 ekor kambing seludup dirampas - Utusan Malaysia

78 ekor kambing seludup dirampas

ANGGOTA penguatkuasa JPV Terengganu menunjukkan sebahagian daripada 78 ekor kambing yang dirampas di Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 78 ekor kambing tanpa permint perpindahan disyaki diseludup dari negara jiran dirampas di Kampung Penarik, Setiu dekat sini, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr. Anun Man berkata, kambing tersebut dimasukkan ke dalam guni setiap seekor di bahagian belakang lori yang bertutup rapat dengan kanvas.

Menurutnya, anggota penguatkuasa JPV menahan lori tersebut selepas sejam mengekori kenderaan tersebut arah Tok Bali, Kelantan menuju Kuala Besut.

“Siasatan awal terhadap pemandu dan kelindan lori berusia 30-an yang ditahan itu mendapati kesemua kambing berkenaan akan dijual di pasaran tempatan di beberapa negeri lain.

“Harga keseluruhan kambing yang dirampas itu dianggarkan kira-kira RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Dr. Anum memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 Perintah Menteri Besar dan Perintah Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut dan Hawa Berdarah 2023.

Dalam pada itu, menurutnya, pada sepanjang tahun ini, JPV Terengganu telah melakukan 12 kes tangkapan melibatkan 521 ekor kambing yang tidak memiliki permit pemindahan dan disyaki diseludup dari negara jiran yang bernilai keseluruhan hampir RM1.1 juta.

“Hasil siasatan ke atas haiwan dirampas itu yang dibuat melalui penyembelihan mendapati ada kesan kerosakan pada organ seperti buah pinggang, paru-paru dan hati.

“Kerosakan pada organ-organ penting dipercayai simptom penyakit ‘tuberkulosis’ atau TB serta penyakit ‘zoonotik’ yang boleh berjangkit daripada binatang kepada manusia,” ujarnya.

Beliau menambah, kambing yang diseludup ini dibawa melalui sempadan negara jiran tanpa pemeriksaan serta proses kuarantin sekaligus mendatangkan risiko kepada pengguna yang dikaburi dengan harga murah.

“Orang ramai perlu meningkatkan kesedaran agar tidak terpengaruh dengan harga rendah namun haiwan tersebut tidak terjamin kesihatan dan boleh mendatangkan risiko kepada diri sendiri serta keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya