6,689 calon PSRA 2023 dapat Mumtaz - Utusan Malaysia

6,689 calon PSRA 2023 dapat Mumtaz

PSRA 2023
SALWANA Ahmad Dahlan mengumumkan keputusan PSRA 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 6,689 daripada 43,217 calon cemerlang dengan pangkat Mumtaz dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2023 di negeri ini.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan, calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) adalah seramai 14,223 manakala pangkat Jayyid (baik) meningkat kepada 10,096 calon berbanding 9,743 tahun lalu.

“Calon memperoleh pangkat Maqbul (lulus) juga meningkat kepada 7,638 orang berbanding 6,839 yang dicatatkan tahun sebelumnya. Calon mendapat pangkat Musaadah (perlu bimbingan) seramai 4,950 orang.

“Pencapaian peratus kelulusan keseluruhan PSRA tahun ini ialah 88.5 peratus berbanding 88.96 peratus pada 2022. Secara umumnya keputusan tahun ini terdapat sedikit penurunan,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan PSRA 2023, hari ini.

Bagaimanapun Salwana menjelaskan, walau apapun keputusan diperolehi, pencapaian paling penting adalah kejayaan melahirkan murid berketerampilan serta memiliki budi pekerti dan sahsiah.

Mengulas mengenai pencapaian mata pelajaran, beliau berkata pencapaian peratus lulus PSRA bagi subjek Akhlak dan Sirah mencatat 87.61 peratus, meningkat 1.04 peratus berbanding 2022 manakala bahasa Arab merekodkan 89.09 peratus lulus.

Tambahnya lagi, subjek Jawi, Imlak dan Khat pula mencatat 93.84 peratus lulus, Tauhid dan Fekah (87.61 peratus), Tajwid (83.78 peratus), Ujian Tilawah dan Hafazan (99.94 peratus).

Seramai 44,202 calon PSRA di Selangor berdaftar tahun ini dan 43,127 daripada jumlah itu hadir menduduki peperiksaan membabitkan 515 pusat di 741 sekolah seluruh negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya