5,000 topi keledar percuma untuk pengunjung

5,000 topi keledar percuma untuk pengunjung

PARA pengunjung menunjukkan topi keledar baharu yang ditukar secara percuma sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menambah 2,000 unit topi keledar lagi untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang berakhir esok.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia boleh ditebus hari ini sekali gus menjadikan agihan keseluruhan pertukaran topi keledar sebanyak 5,000 unit sepanjang program itu berlangsung.

“Kita lihat bahawa antara program yang mendapat sambutan ramai adalah pertukaran topi keledar kerana ia adalah percuma. Sebenarnya kita hanya memperuntukkan sebanyak 3,000 unit topi keledar sahaja untuk program tiga hari ini.

“Semalam, kita dah edarkan 1,000 unit, dan hari ini habis 2,000 unit lagi. Atas sambutan dan permintaan orang ramai, kita tambah 2,000 lagi. Jadi, esok ada tambahan 2,000 lagi topi keledar untuk disumbang dan diagihkan kepada orang ramai.

“Orang ramai diingatkan mesti bawa topi keledar lama untuk ditukar dengan yang baharu,” katanya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Jelasnya, antara syarat yang dikenakan kepada orang ramai adalah mereka mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan atau MyKad selain membawa topi keledar lama sebagai barang pertukaran.

“Kebanyakan topi keledar yang kita lihat dan kita terima ini kita nampak ia sudah cukup lama dan tidak sesuai untuk kegunaan penunggang-penunggang motosikal dan ini akan menjejaskan keselamatan mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya