44 hotspot banjir kilat di Johor Bahru dikenal pasti

44 hotspot banjir kilat di Johor Bahru dikenal pasti

MOHAMAD Fazli Mohamad Salleh melakukan gimik perasmian laluan FT001 Johor Bahru ke Air Hitam, KM38-40, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sebanyak 44 kawasan titik panas kerap berlaku banjir kilat di daerah Johor Bahru telah dikenal pasti dan yang akan diberikan tumpuan untuk diselesaikan secara bersepadu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya menyasarkan untuk sekurangnya menyelesaikan masalah banjir kilat di 10 lokasi itu pada tahun depan.

Katanya, antara lokasi yang telah dikenal pasti ialah kawasan Ayer Molek, bulatan Mount Austin dan kawasan kampung berhampiran Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL).

“Bagi menyelesaikan isu banjir kilat ini, semua agensi terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu melakukan kerja penambahbaikan secara bersepadu.

“Data terkini menunjukkan terdapat 44 Hotspot banjir di Johor Bahru, antara kerja penambahbaikan yang akan dilakukan ialah penyambungan saluran paip, pembinaan ban di tebing sungai dan membeli pam air.

“Sasaran kita adalah untuk sekurangnya menyelesaikan isu banjir kilat di 10 lokasi, bagaimanapun ia bergantung kepada bajet yang tersedia sama ada di peringkat negeri atau kita terpaksa buat permohonan kepada kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Memperelok Jajaran di laluan FT001 Johor Bahru ke Air Hitam, KM38-40 Kulai, Johor-Selekoh ‘S’, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah JKR Johor, Abu Bakar Abd Aziz; Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), Mohd. Shahrin Rahmat dan Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd. Rashidi.

Mohamad Fazli memberitahu, beberapa kerja penambahbaikan sedang berjalan mengikuti perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Katanya, kelancaran projek tersebut bergantung kepada peruntukan yang diterima pihaknya.

“Kita tengah usaha untuk mendapatkan bajet daripada semua pihak termasuk JPS, JKR, MBJB dan kerajaan Pusat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya