3,000 kad TnG percuma bagi pendaftar awal PADU - Rafizi.

3,000 kad TnG percuma bagi pendaftar awal PADU – Rafizi.

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,000 keping kad Touch ‘n Go (TnG) versi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) percuma ditawarkan bagi pendaftar terawal Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tawaran itu dibuka kepada orang awam bermula pelancaran PADU pada 2 Januari ini.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini pada portal pangkalan data itu di www.padu.gov.my.

“Ia (tawaran kad TnG percuma) bagi menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sempena minggu pertama pelancaran portal berkenaan. Buat masa ini, kita ada kerjasama dengan dua syarikat korporat iaitu TnG dan pasar raya Mydin. Mydin pula akan menawarkan diskaun pembelian kepada mereka yang mendaftar di PADU,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga menggalakkan syarikat peruncit dan perkhidmatan lain untuk turut serta menawarkan diskaun dan tawaran kepada mereka yang mendaftar di PADU.

Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemas kini dan pengesahan maklumat individu.

Manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.

Mekanisme penyasaran semula subsidi yang menggunakan data PADU sebagai asas dalam menentukan kumpulan sasar dijangka diumumkan kerajaan pada pertengahan tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya