2024: Anwar tekad kerja lebih kuat, gigih

2024: Anwar tekad kerja lebih kuat, gigih

ANWAR IBRAHIM dan isteri DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk bekerja lebih kuat dan gigih pada tahun 2024 meskipun menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat tahun ini

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak cepat berpuas hati meskipun denhgan pencapiaan tahun ini seperti penurunan inflasi ke tahap dua peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada empat peratus. 

Namun, katanya, ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan, dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani.

“Suasana ketidaktentuan di beberapa tahun kebelakang adalah pedoman terbaik bahawa kita harus bekerja sebagai satu pasukan berkelanjutan dari asas politik yang kukuh. 

“Ini hanyalah mukaddimah kepada jalan panjang ke arah reformasi, dan kita semestinya tidak boleh terpukau kerana sekiranya terpukau, kita akan lena.

“Kita mesti bekerja lebih kuat dan gigih di tahun 2024, dan itu tekad kita. Selamat Tahun Baru 2024,” katanya menerusi catatan di laman sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya