2 lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia - Utusan Malaysia

2 lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia

LLM menjangka bilangan kenderaan di lebuh raya bertol akan bertambah pada waktu puncak dalam Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) memaklumkan dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Bandar Cassia dekat sini, kink telah dibuka.

Menurut JKSB, dua lorong yang terlibat adalah di Lorong K23 (Plaza Tol B) dari arah lebuh Raya PLUS ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke lebuh raya PLUS.

”Kedua-dua lorong manual RFID ini boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.

“Di sebelah petang pula antara pukul 4.30 petang hingga pukul 7 malam.

“Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih (portable reader) di lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna.

“Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai dapat memastikan baki di dalam kad atau e-wallet sentiasa mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar.

“Pengguna jug boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya