Dua guru maut kereta dirempuh pemandu BMW mabuk

Dua guru maut kereta dirempuh pemandu BMW mabuk

KEADAAN kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua MyVi dan BMW yang mengorbankan dua mangsa dalam kejadian di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pemandu kereta jenis BMW yang merempuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua guru secara bertentangan sehingga kedua-dua mangsa maut di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas di sini, awal pagi tadi, disahkan berada di bawah pengaruh alkohol.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil ujian pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu kereta BMW berusia 46 tahun itu mendapati kandungan alkohol di dalam badannya melebihi paras yang dibenarkan.

Menurutnya, keputusan diperoleh setelah melakukan ujian pernafasan menggunakan alat EBA-II ke atas pemandu lelaki berkenaan.

“Pemandu motokar BMW itu dibawa ke Mahkamah Butterworth dan ditahan reman selama tiga hari pagi ini.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Siti Nor Salawati, kemalangan maut kira-kira pukul 2.30 pagi tadi itu berlaku ketika pemandu BMW memandu dari arah Sungai Lokan di sini menghala ke Kepala Batas manakala  pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi pula datang dari arah bertentangan.

“Pemandu BMW tersebut tidak mengalami kecederaan manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31 dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya