160,000 MyKid tertunggak dalam proses cetakan

Dewan Negara: 160,000 MyKid tertunggak dalam proses cetakan

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 160,000 Kad Pengenalan Kanak-Kanak (MyKid) sedang dalam proses pencetakan dan dijangka diserahkan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa komited menyelesaikan isu tunggakan permohonan kad MyKid.

Katanya, permohonan kad pengenalan yang tertunggak sejak Oktober lalu dijangka siap hujung tahun ini.

“Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan sijil kelahiran bagi sebarang urusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta sementara menunggu kelulusan permohonan MyKid.

“Ini adalah kerana sijil kelahiran merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan oleh kerajaan. Agensi kerajaan dan swasta juga telah dimaklumkan untuk mengutamakan penggunaan sijil kelahiran,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin mengenai status terkini penangguhan pengeluaran MyKid.

Beliau menambah, kementeriannya masih mengekalkan Belanda sebagai negara pembekal cip bagi kad pengenalan.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan kad yang menjadi keutamaan daripada dieksploitasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya