15 pengguna Plus menang baucar RM1,000

15 pengguna Plus menang baucar RM1,000

NIK Airina Nik Jaffar (lima dari kanan) bergambar bersama para pemenang PLUS My-TTA Deepavali di Persada PLUS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 15 pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memenangi baucar beli-belah bernilai RM1,000 setiap seorang.

Manakala 100 lagi pemenang telah menerima 8,800 mata ganjaran PLUSMiles setiap seorang sempena Program Rintis My-TTA yang diperkenalkan pada sambutan perayaan Deepavali lalu.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, My-TTA diperkenalkan sebagai inisiatif digital berteraskan penganalisaan data dan informasi trafik.

Katanya, ia bagi memudahkan pengguna lebuh raya merangka pilihan waktu perjalanan mengikut perancangan dan keperluan pengguna sendiri.

“Platform ini terdapat di dalam Aplikasi PLUS bertujuan untuk meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna secara keseluruhan.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna lebuh raya pada cuti perayaan Deepavali dan Krismas kali ini, pihak PLUS bercadang menambah baik My-TTA sebelum pelancaran secara menyeluruh pada musim perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang,” katanya.

Menurut Airina, Kempen My-TTA menggalakkan orang ramai supaya merancang dan mematuhi jadual perjalanan dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM20,000.

Katanya, PLUS menggalakkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan sempena cuti perayaan Krismas dan tahun baharu dengan memilih waktu memasuki lebuh raya berdasarkan plaza tol masuk dan keluar seperti yang tertera pada fungsi My-TTA melalui Aplikasi PLUS.

“Menerusi inisiatif yang dianjurkan, pengguna yang mematuhi saranan My-TTA berpeluang memenangi ganjaran menarik sebagai penghargaan PLUS di atas sokongan inisiatif ini selain menggalakkan penyertaan daripada pengguna lebuh raya atas usaha-usaha yang dijalankan untuk penambahbaikan.

“PLUS secara berterusan akan memperkenalkan insiatif-inisiatif terbaharu untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya kami bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik
kepada pengguna lebuh raya selari dengan era digital masa kini,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pemenang utama My-TTA Deepavali, Kaaleswaaran Krishanan meluahkan keterujaannya terhadap hadiah yang ditawarkan oleh PLUS selain dapat merancang perjalanan dengan lebih mudah.

“Saya sangat teruja kerana bukan sahaja saya dapat merancang perjalanan balik kampung dengan lebih mudah dan lancar sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.

“Malahan saya juga berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh PLUS,” katanya.

Sementara itu, pemenang utama My-TTA Deepavali, Tang Joo Peoh pula berkongsi pengalamannya menggunakan My-TTA menerusi aplikasi PLUS bagi merancang percutian sempena hari perayaan.

“Apabila saya bercuti bersama keluarga menggunakan lebuhraya PLUS, ia memudahkan saya merancang perjalanan dengan menggunakan My-TTA untuk memastikan perjalanan kami sekeluarga lancar dan sampai ke destinasi pada jangka waktu yang disasarkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya