1,240 warga emas antara 25,547 mangsa banjir

1,240 warga emas antara 25,547 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,240 warga emas antara 25,547 orang yang terjejas banjir di lima negeri, setakat pukul 4.30 petang tadi.

Menurut kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 8,110 mangsa banjir itu ditempatkan di 111 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 20,788 orang diikuti Terengganu 4,477 orang.

Selain itu, 156 mangsa terjejas banjir dicatatkan di Pahang, 124 mangsa di Johor dan dua mangsa di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN