Zie Putu Perak masuki fasa komersial

Zie Putu Perak masuki fasa komersial

FAUZILA Haron merancang meluaskan pasaran kuih Putu Perak hingga ke luar negara. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketika mula berniaga secara kecil-kecilan kuih Putu Pe­rak pada 1991, Fauzila Haron, 48, tidak menyangka perniagaan itu akan memasuki fasa komersial seperti hari ini.

Berbekalkan ilmu daripada ibunya ketika memulakan perniagaan kuih tradisional Perak itu di bahu jalan dan pasar sekitar Teluk Intan, kini dia meneruskannya dengan jenama Zie Putu Perak.

Malah dia kini mempunyai kilang pengeluaran, menggunakan mesin memasak moden, dijual secara sejuk beku atau tepung yang sudah dibancuh.

Lebih menarik, perniagaan­nya itu turut menjadi sebahagian muka hadapan dalam inisiatif Tahun Melawat Perak 2024.

“Ramai yang tidak biasa makan kuih ini dan ia antara cabaran menghasilkan kuih tradisional itu. Bagaimanapun, dengan menyertai pelbagai pameran, ia semakin dikenali dan disukai ramai,” katanya.

Putu Perak adalah warisan turun temurun negeri Perak dengan menggunakan bahan seperti padi huma, padi pulut dan kelapa. Penghasilan kuih itu juga sudah diolah mengikut citarasa moden.

Fauzila optimis Putu Perak kekal diminati ramai apabila masyarakat semakin mencari kuih-kuih tradisi orang Melayu dan pihaknya turut memberi latihan kepada mereka yang berminat menjual kuih tersebut.

“Kami merancang untuk meluaskan lagi pasaran kuih ini, termasuk ke luar negara. Syarikat kami, Zies Taste Manufacturing (M) Sdn. Bhd. sedang mendapatkan semua piawaian yang diperlukan bagi mencapai hasrat ini,” katanya.

 

Katanya, syarikatnya turut mendapat perhatian agensi kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Pusat bagi membantu mengembangkan perniagaan Putu Perak, termasuk dibawa menyertai pameran dalam dan luar negara bagi membantu usahawan se­pertinya di bawah pelan Perak Sejahtera 2030.

Jelasnya, antara agensi kerajaan negeri yang membantu menaikkan Putu Perak ialah SME Corp. Perak serta Sekretariat Usahawan dan Wanita Perak dan agensi Pusat termasuk Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, Tourism Perak, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional, Mara, Pernas, PUNB dan Sirim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya