Zakharov terus lakar kejutan - Utusan Malaysia

Zakharov terus lakar kejutan

AKSI pemain Rusia, Zakharov Alexey ketika menentang pemain Korea, Lee Duckhee pada suku akhir Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Rusia, Zakharov Alexey terus melakukan kejutan dalam kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di sini.

Selepas menyingkir pilihan utama kejohanan, Filip Peli Wo dari Poland di pusingan kedua semalam, Zakharov mengulangi kejayaannya apabila mengetepikan pemain pilihan keenam, Lee Duckhee (Korea) 6-4 6-4 di suku akhir hari ini untuk mara ke separuh akhir dan bertemu Ryota Tanuma.

Tanuma juga menjadi penakluk gergasi apabila menyingkir pemain pilihan keempat, Sora Fukuda, 3-6 6-4, 1-0.

Turut mara ke separuh akhir ialah Takuya Kumasaka dari Jepun yang menumpaskan rakan senegara, Hayato Matsuoka 7-6(7) 6-0 dan akan bertemu pilihan kedua, Lee Jeamoon dari Korea.

Jaemoon menumpaskan pilihan kelima, Luca Castelnuovo dari Switzerland 6-4, 6-2.

Sementara itu, dalam acara beregu, pasangan bukan pilihan, Loof Thijmen-W Trongcharoenchaik mara ke separuh akhir.

Gandingan Belanda-Thailand itu mengetepikan Isaro Pruchya-David Agung Susanto (Thailand-Indonesia) 7-6(4) 7-5 .

Mereka akan bertemu pilihan ketiga, Han Seon Yong -Lee Jeamoon selepas mendapat kemenangan percuma daripada lawan, Sora Fukuda- Kokoro Somura.

Satu lagi separuh akhir menemukan pasangan pilihan keempat, Qian Sun-Tang Sheng dengan pilihan utama, Françis Casey Alcantara-Christopher Rungkat (Filipina-Indonesia). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya