Zahari nafi wujud broker politik untuk sokong Anwar

Zahari nafi wujud broker politik untuk sokong Anwar

ZAHARI Kechik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan sekeras-kerasnya wujud ugutan, sogokan dan paksaan daripada mana-mana pihak berhubung keputusannya mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lalu.

Pada masa sama, Zahari turut menegaskan bahawa tidak wujud broker politik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Zahari berkata, keputusan yang diambilnya itu adalah merupakan satu keperluan dan meletak kepentingan rakyat melebihi segala-galanya meskipun dikecam dengan pelbagai tohmahan dan  tuduhan daripada beberapa pihak.

“Tindakan saya mengalih sokongan adalah atas kesedaran saya sendiri, tidak ada langsung dengan sebarang unsur ugutan atau apa-apa sogokan untuk kepentingan peribadi. Malah, tidak wujud broker politik seperti yang didakwa kerana saya tidak kenal mana-mana pihak. 

“Kalau saya tidak buat seperti ini (sokongan), ia akan menjadikan rakyat di Jeli ketinggalan dan menderita. Mereka berhak mendapat pembelaan dan peruntukan dari pihak kerajaan dan sebab itu saya mengambil keputusan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Jeli di sini hari ini.

Zahari turut mengingatkan mana-mana pihak supaya berhenti mengeluarkan sebarang tuduhan dan tohmahan kerana pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, setakat ini, beliau sudah meminta peguamnya untuk meneliti dan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang disiarkan dalam media sosial terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Zahari berkata, sehingga kini, beliau masih belum menerima sebarang surat daripada Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Setakat ini, saya belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin, namun, saya mesti bersedia menerima apa sahaja tindakan.

“Saya tidak kisah dan mesti pandang ke hadapan, saya tidak kisah sekiranya tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang kerana saya lebih memikirkan rakyat di kawasan Jeli dalam tempoh empat tahun ini, “katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai Zahari yang mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Gua Musang apabila mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 November lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya