KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn. Bhd. (Yes) menawarkan produk Apple terbaharu dengan pelan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus bermula dengan harga serendah RM21 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yes, Wing K. Lee berkata, selain pelan ansuran bulanan yang rendah, pelanggan juga dapat menikmati kelajuan Yes 5G tanpa had dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran wang pendahuluan.
“Kita buka peluang ini untuk memberikan pengalaman kelajuan internet kepada semua pengguna merasainya,” katanya pada majlis pelancaran Yes 5G: The Next Chapter yang diadakan di Sentul Pavilion dekat sini baru-baru ini.
Sebelum ini Yes 5G terkenal sebagai peneraju 5G yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi dan membawa 5G kepada semua rakyat Malaysia.
Pada tahun 2021, Yes merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang membawakan kelajuan internet mudah alih terpantas kepada rakyat Malaysia dan berjaya mencipta sejarah dengan melancarkan 5G secara komersial dengan rancangan Yes Infinite.
Katanya, dengan kerjasama terbaharu bersama iPhone, peluang itu dapat menarik minat semua golongan untuk mencuba kelajuan internet terpantas bersama iPhone bermula dengan iPhone 12 sehingga iPhone 15 Pro.
“Yes 5G sangat teruja untuk menawarkan produk terbaharu daripada Apple termasuk iPhone 15 dan iPhone 15 plus dengan reka bentuk baharu yang bewarna-warni yang boleh dipilih pelanggan.
“Sebelum ini, kita juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenis peranti terkemuka seperti Samsung, Vivo, Oppo, ZTE dan Honor dan kini kami menjalinkan kerjasama bersama iPhone,” katanya.
Wing K. Lee berkata, Yes 5G turut diperakui sepenuhnya sebagai rakan kongsi terbaharu Apple di Malaysia dan pelanggan juga dapat merasai Yes 5G dengan keluaran iOS 17.1.
“Telefon pintar baharu berkenaan layak mendapat rangkaian 5G terbaik di Malaysia dan menawarkan pelan iPhone paling berpatutan di negara ini kerana kami mengalu-alukan Apple menyertai barisan produk Yes 5G,” katanya.
Dalam satu majlis pelancaran Yes 5G: The Next Chapter itu, Yes turut dinobatkan sebagai Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia oleh Ookla yang dimenangi sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023.
Tambah Wing K. Lee, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus juga akan tersedia kepada orang ramai pada harga RM1 sahaja sempena Hari Jualan Yes 11.11 dengan jumlah dan masa yang terhad.
“Apabila mendapat pas tersebut, anda berpeluang untuk membeli telefon pintar jenama ini dengan harga serendah RM1 sahaja,” katanya.
Jelas Wing K. Lee, Yes turut mempunyai lebih daripada RM20,000 hadiah percuma termasuk aksesori Apple dan langganan Nvidia GeForce Now secara percuma.
Produk iPhone 15 tersedia untuk dipesan pelanggan di https://www.Yes.my/iPhone/ mulai Khamis manakala di kedai Yes dan pengedar sah bermula 3 November.
“Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami dengan menyelesaikan beberapa tugas mudah untuk mengumpul bintang yang mencukupi bagi membolehkan anda mendapat pass 11.11 Yes.
Pelan Rahmah
Dalam pada itu, Wing K. Lee berkata, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi, Yes 5G turut memahami keadaan pengguna yang sentiasa memerlukan data dan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang murah dan berbaloi.
Oleh itu, Yes 5G turut menawarkan beberapa pelan dengan Pakej Rahmah untuk dinikmati oleh semua.
Katanya, walaupun Yes 5G sudah menawarkan harga yang terendah dalam pasaran, pihaknya tetap komited mencabar diri bagi melangkah dengan lebih jauh untuk memberi kepuasan kepada pengguna serendah RM35.
“Dengan pengenalan Pelan Rahmah Yes 5G yang merupakan Pelan Rahmah Paling Mampu di Malaysia, sesiapa sahaja dan semua orang boleh menikmati ketersambungan yang ditawarkan oleh Yes 5G,” katanya.
Yes Power 35 Rahmah menawarkan 100GB data mudah alih 5G+4G dengan panggilan tanpa had, Bersama telefon 5G ZTE Blade A73 atau Samsung Galaxy M14 5G pada harga RM240.
Katanya, mereka turut menawarkan Pelan Rahmah Yes Infinite Basic serendah RM58 sebulan, yang disertakan dengan data kelajuan 5G+4G tanpa had, 20GB hotspot mudah alih dan panggilan tanpa had.
Wing K. Lee berkata ia ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan kontrak selama dua tahun dan jaminan dua tahun untuk peranti.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Yes https://www.yes.my atau di sosial media Yes seperti di Facebook.
Orang ramai juga boleh menghubungi Yes di Twitter https://twitter.com/Yes_5G dan TikTok https://www.tiktok.com/@Yes.5g bagi mendapatkan perkembangan terkini berkenaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. – UTUSAN