PETALING JAYA: Buat kali kedua dalam rekod peribadinya, atlet wushu negara, Wong Weng Son dinobatkan juara dunia selepas merangkul pingat emas dalam acara Changquan lelaki dalam Kejohanan Wushu Dunia 2023, hari ini.
Kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat itu turut menyaksikan atlet berusia berusia 31 tahun itu mengulang kejayaannya sewaktu edisi Kejohanan Dunia Wushu 2017 di Kazan, Rusia ketika menjuarai acara Jianshu.
Selain Weng Son, kem wushu negara turut menggondol tiga lagi pingat perak dan satu gangsa pada saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.
Dua lagi perak dimenangi oleh Clement Ting dalam acara Daoshu lelaki, Sydney Chin Sy Xuan menerusi kategori Taijijian wanita dan Loh Ying Ting untuk saingan Changquan wanita. – UTUSAN