Warga emas tersepit dalam kemalangan 2 kereta - Utusan Malaysia

Warga emas tersepit dalam kemalangan 2 kereta

SEORANG lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pongsu Seribu, di sini malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sekumpulan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nazril Syazwan Khalil bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.03 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Kancil dan Perodua Bezza.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas berusia 71 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta Perodua Kancil.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan ‘rescue tool’,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

Operasi tamat sepenuhnya pukul 8.33 malam. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya