Warga emas dihanyut arus deras ketika periksa paras air banjir

Warga emas dihanyut arus deras ketika periksa paras air banjir ditemukan lemas

MAYAT mangsa yang hilang ditemukan oleh pekerja binaan Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa, di Lawas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Warga emas yang dilaporkan hilang ketika memeriksa paras air banjir malam tadi ditemukan lemas oleh pekerja binaan di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa, di sini hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, mangsa Silas Sudai, 63, ditemukan pada jarak tiga kilometer mangsa dilaporkan hilang.

“Pekerja yang menemukan mayat tersebut merupakan pekerja binaan Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR).

“Mangsa dijumpai oleh pekerja sebuah syarikat binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya SSLR Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa di kawasan tebing berbatu pada jarak tiga kilometer dari mangsa dilaporkan hanyut.

“Bertindak atas laporan, pasukan bomba bergegas ke lokasi dan mayat mangsa kemudiannua diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” tambahnya.

Ujarnya lagi, setelah keadaan dipastikan selamat anggota Bomba bergerak balik ke balai. 

Lewat malam tadi, seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas memeriksa keadaan paras air banjir yang menenggelamkan jalan menghubungi Lawas ke Long Sukong.

Mangsa dikhuatiri dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat, berdasarkan laporan rakannya yang dibuat pada jam 11:40 malam tadi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya