Wanita sarat mengandung antara mangsa banjir

Wanita sarat mengandung antara mangsa banjir

FATIN Norhamimi Dzulkatly bersama anak sulungnya antara 157 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu di Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang wanita sarat mengandung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu setelah kediamannya di Kampung Selekoh di sini dilanda banjir.

Wanita itu, Fatin Norhamimi Dzulkatly, 24, berkata, dia bersama enam lagi ahli keluarganya disarankan untuk berpindah ke PPS itu pada petang Isnin lalu selepas banjir yang berlaku.

Menurutnya, ini kali kedua dia menjadi penghuni di PPS yang sama akibat banjir dan pertama kali setelah mendirikan rumahtangga.

“Kali pertama masuk PPS pada tahun Ogos 2021 ketika banjir besar berlaku di Alor Pongsu, ketika itu saya belum mendirikan rumahtangga.

“Kali ini dalam keadaan sarat mengandung sudah tentu saya rasa agak kurang selesa namun saya anggap ini ujian cuma saya amat berharap agar banjir cepat surut supaya saya boleh pulang ke rumah, di rumah lebih selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia menerima sumbangan barangan keperluan daripada Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Datuk Sham Mat Sahat yang melawat mangsa banjir di PPS itu di Alor Pongsu semalam.

Sementara itu, seramai 386 mangsa banjir masih ditempatkan PPS di dua daerah di negeri ini iaitu di Hilir Perak dan Kerian.

Tinjauan di PPS SK Changkat Lobak mendapati seramai 100 mangsa termasuk dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan daripada 24 keluarga dari Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak dan Kampung Beriah dipindahkan ke PPS itu sejak 24 Oktober lalu.

Manakala seramai 57 mangsa dari 19 keluarga dari Kampung Beriah, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Itam 2 dan Parit Ali Kalang dipindahkan ke PPS SK Alor Pongsu sejak 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Jalan Selama-Bagan Serai masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan kerana paras air melebihi satu meter.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya