SEPANG: Seorang wanita warga Indonesia nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun dikatakan terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut di beranda tingkat 7 pangsapuri berkenaan.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.19 pagi membabitkan mangsa yang terjatuh dari sebuah pangsapuri di Jalan Pinggiran Mas 1, Taman Mas, Sepang.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya menemukan seorang wanita dalam keadaan terbaring di bahagian beranda tingkat 7 bangunan pangsapuri itu.
“Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – UTUSAN