Wanita hadiah kereta kepada mak ayah, undang sebak netizen

Wanita hadiah kereta kepada ibu bapa, undang sebak netizen

TANGKAP layar menerusi perkongsian di TikTok milik @kakpaten_kp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dikenali sebagai Kak Paten berkongsi momen indah dengan menghadiahkan kereta baharu kepada ibu dan bapanya sehingga mengundang sebak orang ramai.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @kakpaten_kp, memaparkan wanita itu membuat kejutan dengan membeli sebuah kereta baharu berjenama Proton bagi menggantikan kereta lama milik ibu dan bapanya.

“Mak dan ayah saya memang tak pernah ada kereta baharu sebab kami daripada keluarga yang bukan senang. Saya ada rezeki lebih jadi saya belikan kereta buat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menyampaikan kata-kata yang begitu menyentuh hati, dengan mengimbas kembali waktu sulit yang pernah dialami oleh ibu dan bapanya ketika kereta mereka sering mengalami kerosakan.

“Kereta lama memang selalu rosak sampai mak nangis-nangis. Sebagai anak, saya hendak yang terbaik untuk mak ayah jadi saya buat kejutan untuk mereka dengan belikan kereta baru,” katanya.

Rakaman video berdurasi dua minit itu turut memaparkan tangisan ibu wanita itu kerana tidak menjangkakan anaknya menghadiahkan mereka sebuah kereta baharu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga berasa sebak dan bangga melihat linangan air mata seorang ibu apabila menerima pemberian daripada anaknya itu.

“Berjurai air mata sebab tak sempat nak balas jasa arwah ibu saya. Doakan saya dapat bahagiakan suami, mentua dan anak-anak suatu hari nanti,” komen @dee97__.

“Impian semua anak hendak hadiahkan mak ayah kereta. Doakan saya boleh hadiahkan mak juga sebab mak sejak kahwin dengan arwah ayah sampai ayah meninggal tak pernah ada kereta,” kongsi @sarahghazali98.

“Alhamdulillah anak yang hebat, semoga awak dimurahkan rezeki selalu,” tulis @zainwanhan.

Video berkenaan tular dalam media sosial dan menerima 275.9 juta tontonan, 735 komen dan 19,200 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya