Wang KWSP lesap, hasrat tunai umrah tak kesampaian

Syarikat urus umrah ghaib, wang KWSP pesara lesap

ROSMAN HARUN (empat dari kanan) dan Mohd. Hazwan Enkana Abdullah (kanan) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hasrat seorang pesara untuk menunaikan umrah bersama-sama isteri dan ibunya lebur apabila syarikat yang sepatutnya menguruskan perjalanan mereka ‘ghaib’ dan pejabat pengurusan ditutup. 

Mangsa, Rosman Harun, 56, berkata, wang berjumlah RM24,170 yang dibayar menerusi dua transaksi pada 27 Disember 2022 dan 7 Mac lalu adalah duit simpanannya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 2017.

Katanya, hasrat menunaikan umrah menggunakan syarikat berkenaan dibuat selepas melihat pengurusan yang baik.

“Atas sebab itu, saya tanpa ragu-ragu apabila diminta oleh syarikat berkenaan untuk menyelesaikan urusan bayaran sebelum pergi menunaikan umrah yang sepatutnya pada pada 15 Mei lalu sebelum ditunda kepada 8 November lalu.

“Namun, apabila panggilan dan mesej kepada pengurusan syarikat tidak dijawab membuatkan saya bertindak pergi ke pejabat syarikat berkenaan di Putrajaya dan mendapati sudah ditutup,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Apabila sampai di Putrajaya, bukan hanya dia yang ditipu, malah puluhan lagi mangsa turut mencari pihak pengurusan syarikat sama untuk mendapatkan penjelasan namun hampa kerana pejabat syarikat itu sudah ditutup. 

Seorang lagi mangsa, Mohd. Hazwan Enkana Abdullah, 57, berkata, wang yang mula disimpan sejak tujuh tahun lalu berjumlah RM19,850 turut lebur dan dia membuat dua transaksi bayaran, iaitu pada 10 November 2021 dan 11 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan daripada kedua-dua mangsa, semalam. 

Hasil siasatan akan diserahkan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN