Wan Zack masih milik Perak FC - Utusan Malaysia

Wan Zack masih milik Perak FC

WAN Zack Haikal Wan Noor (kanan) baru sahaja menandatangani kontrak setahun lagi dengan Perak FC. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Desas desus mengenai penyerang bola sepak Perak, Wan Zack Haikal Wan Noor dipancing pasukan lain musim hadapan tidak akan berlaku.

Ini kerana pemain itu masih sah milik Perak, sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, Wan Zack baru sahaja mengikat kontrak dengan pasukan Bos Gaurus setahun lagi.

“Tidak timbul soal perpindahan pemain itu kerana dia sudah menyambung kontrak dengan Perak setahun.

“Dia baru menandatangani kontrak setahun lagi dengan PFC walaupun beberapa pasukan lain menawarkan kontrak kepada beliau,” kata Pengerusi XOX itu ketika ditanya mengenai kedudukan pemain itu.

Wan Zack yang diberi peluang beraksi oleh Yusri Che Lah menemui semula sentuhannya sehingga mendapat perhatian pasukan utama Liga Super.

Selain menyumbang gol, dia juga ‘assist’ rakan sepasukan seperti Seo Seonung, Luka Milunovic dan Luciano Guaycochea menjaring gol.

Penjelasan Abdul Azim itu menutup sebarang spekulasi mengenai perpindahannya.

Perkembangan itu sudah pasti melegakan penyokong setia The Bos Gaurus yang mengharapkan pemain berusia 32 tahun berasal dari Maran itu terus menyarung jersi pasukan Kejor Yob kejor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya